TAOISME juga diejakan Daoisme, diprakarsai oleh Laozi sejak akhir Zaman Chunqiu. Taoisme merupakan ajaran Laozi yang berasaskan Daode Jing. Pengikut Laozi yang terkenal adalah Zhuangzi yang merupakan tokoh penulis kitab yang judul Zhuangzi.
Menurut kitab Shiji nama asli Laozi adalah Lier, nama sopannya Boyang dan nama almarhum kehormatannya Dan. Terdapat segolongan sarjana mengatakan Boyang dan Dan adalah nama sopan beliau. Laozi (SM570~SM470), dilahirkan di provinsi Ku, Chuguo, sekarang dikenali Provinsi Henan. Beliau merupakan ketua pustakawan Chuguo, Dinasti Zhou, masa kejawatan, beliau banyak mendapat manfaat dengan membaca kitab-kitab serta catatan-catatan historis, sehingga beliau mencapai keinsafan wawasan.
Kemasyhuran beliau luas tersebar sehingga kenalan Kong Hu Cu. Menurut catatan Zhuangzi, Kong Hu Cu pernah berjumpa dengan Laozi untuk meminta ajar akan kesopanan. Terdapat lukisan-lukisan berdasarkan kisah ini. Dengan ini, terdapat persangkaan Kong Hu Cu adalah lebih muda kurang lebih 20 tahun daripada Laozi, kali pertama Kong Hu Cu berjumpa dengan Laozi pada usia 17 kemudiannya pada usia 34, perjumpaan ketiga berada di Xiangyi serta semasa berusia 51 dan 66.
Pada waktu keruntuhan Dinasti Zhou, Laozi meletak jawatan dan meninggalkan negerinya dengan koaknya. Ketika beliau tiba di Kastam Hang, Guan Yixi meminta beliau meninggalkan filsafat dalam bentuk tulisan. Atas permintaan Guan Yixi, Laozi meninggalkan dua karya yang berjudul De dan Dao (Judul pertama adalah "De" dan kedua adalah "Dao" ) sebelum meninggalkan Chuguo. Kedua-dua kitab digabungkan dan diperkenalan sebagai Daode Jing yang kepunyaan 5000 huruf Tionghua dalam 81 bab.
Terdapat banyak legenda mengenai Laozi yang masih terlibat dalam argumen orang ramai. Argumen dan Legenda yang berkenalan adalah seperti berikut:
1. Laozi berada dalam perut ibudanya selama 82 tahun dan dilahirkan dalam keadaan tua. Oleh itu digelarkan sebagai Laozi yang berarti Budak Tua.
2. Laozi berusia 200 tahun
3. Perjumpaan Kong Hu Cu dengan Laozi
Selepas Zaman Chunqiu, adalah Zaman Berperangan dimana Tiongkok terbagi-bagi menjadi beberapa kerajaan yang berasing-asingan sehingga Shihuangdi menyatukan kesemua kerajaan dan membentuk Dinasti Qin. Sebelum Dinasti Qin, Taoisme merupakan filsafat Laozi dan Zhuangzi tetapi bukan agama. Taoisme yang mementingkan kesehatan, pernah mendiskusikan“hidup abadi” dalam konteks ajaran serta ia dijadikan dasar perkembangan menjadi dewa untuk mencapai keabadian.
Agama Dao merupakan ajaran-ajaran Laozi-Zhuangzi yang berkembang menjadi agama yang dipeluk banyak orang. Agama Dao mengandungi misteri untuk menjadi dewa, ia lebih bersifat kemanusiaan, ia berpotensi memenuhi keperluan rohaniah manusia. Dalam agama Dao, Laozi didewakan sebagai Taishanglaojun; kitab-kitab Daode Jing dan Zhuangzi menjadi kitab suci untuk dipelajari.
Daojia adalah pusat pengkajian filsafat dalam Daode Jing dan Zhuangzi, ia tidak mengandungi misteri dan tidak mendewakan apa-apa. Daojia digolongkan kepada tiga generasi iaitu “Daojia sebelum Qin” ”Qin-han Daojia” dan ”Wei-jin Daojia”. Selepas Wei-jin, Daojia tidak lagi wujud secara bersendirian tetapi diresap dalam Agama Dao dan diperkenalkan sebagai Taoisme kini.
Taoisme adalah berasalkan "Dao" yang berarti tidak berbentuk, tidak terlihat tetapi merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia. Dao yang wujud dalam kesemua benda hidup dan kebendaan adalah De. Gabungan Dao dengan De diperkenalkan sebagai Taoisme merupakan asasi alamiah. Taoisme bersifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut seperti air, dan berabadi. Keabadian manusia adalah apabila seseorang mencapai kesedaran Dao dan akan menjadi dewa. Penganut-penganut Taoisme mempraktekan Dao untuk mencapai kesedaran Dao dan juga mendewakan.
Taoisme juga memperkenalkan teori Yinyang, dalam Daode Jing Bab 42:
Berarti: Dao melahirkan sesuatu, yang dilahirkan itu melahirkan Yin dan Yang, Yinyang saling bertindak balas menghasilkan tenaga atua kuasa, dengan adalah tenaga ini, hasil jutaan benda di dunia. Setiap benda dalam alam, samada hidup atau tidak, mengandungi Yinyang yang saling bertindak untuk mencapai keseimbangan.
Yin dan Yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan positif. Setiap benda adalah dualisme, terdapat positif mesti adanya negatif; tidak bernegatif dan tidak berpositif jadinya kosong, tidak ada apa-apa. Bahkan magnet, magnet kepunyaan positif dan negatif, kedua-dua sifat tidak bisa diasingkan; tanpa positif, tidak wujudnya negatif, tidak jadinya magnet.
Lambang Yinyang yang paling populer adalah Lambang Xiantian Taiji atau Yinying Yu diperkenalkan oleh Lai Zhide; tahun 1525~1604. Sejarah kajian dan perkembangan Lambang Yinyang boleh dikatakan sejak awal Dinasti Song sehingga abad ke-15. Antara yang populer adalah Chentuan dan Chou Dunyi. Lambang asli adalah Lambang Wujioleh Chentuan pada awal Dinasti Song, kemudiannya dimajukan oleh Chou Dunyi dan memperkenalkan Lambang Taiji.
Bidang-bidang yang dikembangkan berasakan Taoisme termasuk Taiji, Qigong, bidang medis, kesehatan, ilmu kimia, muzik dan sebagainya. Salah satu Kesatuan Taoisme Tiongkok kepunyaan kumpulan kitab-kitab hasil kajian Taoisme. Kitab-kitab tersebut merangkumi ajaran asli Taoisme, peraturan Taoisme, Qigong serta kajian-kajian medis, kesehatan, ilmu kimia, muzik dan lain-lain.
Perkembangan Taoisme selama 2000 tahun ini, terwujud beberapa cabang Taoisme. Antara cabang-cabang yang terkenal adalah:
Wudoumi Dao
Qingshui Dao
Tianxing Pai
Fulu Pai
Qingwei Pai
Lijia Dao
Shangqing Pai
Zhongxuanxie Pai
Jingming Dao
Taiyi Jiao
Xuan Jiao
Wudang Pai
Zhong Pai
Xi Pai
Danding Pai ( Jindan Daojiao)
Yujun Dao
Bojia Dao
Lingbao Pai
Donghua Pai
Louguan Dao
Lushan Pai
Shengxiao Pai
Dadao Jiao
Yuxian Pai
Quanzheng Dao
Nanwu Pai
Longmen Pai
Pidong Zhong
Dong Pai.
Sumber : wikipedia
|